Audit Official Portal

 UNIT AUDIT DALAM, UMP

 

 

Objektif

1. Mengkaji dan meneliti kesempurnaan sistem, amalan, pemakaian dan penggunaan prinsip perakaunan dan kawalan dalaman yang berkesan serta pada kos yang munasabah.

2. Menentukan tatacara pengurusan dan sistem kawalan dalaman kewangan dan operasi iaitu termasuk kawalan kewangan dalam pungutan hasil dan perbelanjaan adalah wujud lagi berkesan serta menuruti undang-undang, peraturan, dasar, polisi dan prosedur yang ditetapkan.

3. Menentukan pengurusan aset universiti dari segi perolehan, penyelenggaraan dan pelupusan dibuat dengan cekap, berekonomi dan mematuhi peraturan, prosedur-prosedur dan garis panduan yang ditetapkan.

4. Menentukan akaun-akaun dan rekod-rekod kewangan dan sistem maklumat diselenggarakan dengan lengkap, kemaskini dan boleh dipercayai.

5. Memastikan aktiviti-aktiviti / projek dan program-program universiti terutamanya dari aspek perancangan, perlaksanaan dan pemantauan telah dilaksanakan dengan cekap, berhemah dan mencapai matlamat yang ditetapkan.

6. Mengenalpasti masalah serta kelemahan dan mengesyorkan langkah-langkah mengatasi.