Audit Official Portal

 UNIT AUDIT DALAM, UMP

 

 

Selamat Datang

Unit Audit Dalam (UAD) UMP telah ditubuhkan pada 17 Oktober 2003 berdasarkan Surat Pekeliling Am Bil. 3, Tahun 1998. Ketua Eksekutif badan berkanun adalah dipertanggungjawabkan untuk menubuhkan Unit Audit Dalam dengan kelulusan Lembaga Pengarah. Sejajar dengan itu, Jawatankuasa Audit Dalam turut ditubuhkan bagi meneliti laporan audit, samada daripada juruaudit luar atau juruaudit dalam.

UAD juga bertanggungjawab kepada Naib Canselor dan Jawatankuasa Audit untuk memberi penerangan mengenai sistem kawalan dalaman dan proses tadbir urus universiti. Kepastian yang diberi oleh Ketua Audit Dalam adalah melalui pendapat profesional terhadap kesempurnaan, kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kawalan dalaman dan proses tadbir urus.